Tahniah kepada Unit Laman Web (Team Rintis Siber)
kerana telah menghasilkan JUARA 2005 Pertandingan Laman Web Negeri Kelantan (Kategori Sekolah Rendah) Anjuran UPEN Kelantan.

Terima kasih kepada para hakim, UPEN, warga sekolah SK Pahi, rakan-rakan dan semua yang terlibat.
10 April 2005: DEBUG ERROR: 018:Paparan tidak lengkap. Pengubahan Kod dan rekabentuk untuk persediaan laman SKP Online versi kedua sedang memasuki fasa akhir. Versi2 dijangka akan beroperasi pada Mei ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Selamat Sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pahi. Pada akhir tahun 2004, pembinaan laman web sekolah telah pertama kali dicadang dalam mesyuarat pengurusan sekolah untuk menyahut cabaran kerajaan dalam mengintegrasikan IT dalam kurikulum sekolah.

Laman web ini akan menjadi satu titik tolak dalam sejarah SK Pahi untuk memanipulasikan kepelbagaian sumber dalam internet. Laman web ini juga membawa misi untuk membekalkan maklumat kepada orang ramai; masyarakat setempat khususnya mengenai perjalanan sekolah dan diharap ia dapat merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan komunitinya.

Melalui laman web ini juga, sekolah ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam mempelajari kemahiran menggunakan komputer dan internet. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menggunakan sumber ICT dalam pengajaran seharian.

Penafian:

Pihak SK Pahi tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kehilangan dan kerosakan harta benda akibat penggunaan maklumat atau apa-apa sumber melalui laman web ini.

Sebarang komen atau sumbangan artikel daripada mana-mana pihak adalah hakmilik penyumbang itu sendiri dan SK Pahi tidak menjamin liabiliti sumbangan atau fail tersebut. Dengan itu, sebarang fail, artikel tersebut, adalah bukan mencerminkan kepercayaan atau konsep asal laman web ini.

Keselamatan Data:

Pihak SK Pahi amat mementingkan keselamatan mana-mana data yang anda diberikan. Oleh yang demikian semua data yang diminta (jika berkaitan) akan kami pastikan selamat daripada paparan dan pindahturun yang tidak diperlukan.

::Lencana::

::Lencana::