Selamat Sejahtera.
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pahi. Pada akhir tahun 2004, pembinaan laman web sekolah telah pertama kali dicadang dalam mesyuarat pengurusan sekolah untuk menyahut cabaran kerajaan dalam mengintegrasikan IT dalam kurikulum sekolah.
Laman web ini akan menjadi satu titik tolak dalam sejarah SK Pahi untuk memanipulasikan kepelbagaian sumber dalam internet. Laman web ini juga membawa misi untuk membekalkan maklumat kepada orang ramai; masyarakat setempat khususnya mengenai perjalanan sekolah dan diharap ia dapat merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan komunitinya.
Melalui laman web ini juga, sekolah ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam mempelajari kemahiran menggunakan komputer dan internet. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menggunakan sumber ICT dalam pengajaran seharian.